
Bismillah.
Wahai Tuhan, aku tidak tahu apakah yang terbaik untukku di saat ini. Aku benar-benar keliru ya Tuhan.. terasa langkahku benar-benar kabur...jalanku bagaikan sudah tertutup sepenuhnyaa..
Duhai Allah,
kuserahkan segala urusan hidup dan matiku padaMu..
Ya Allah , aku benar-benar keliru dengan perasaan ku ini. Tolonglah aku ya Allah, supaya aku menjadi kuat dan terus teguh di jalan Mu ini...
Duhai Allah,
Salahkah jika aku menyimpan sedikit harapan supaya jalan perjuangan ini dapat aku telusuri bersama-sama dengannya, satu-satunya insan yang aku kagumi akhlak dan keperibadiannya, satu-satunya insan yang aku benar-benar kagum dengan kecintaannya pada ilmu...wahai Tuhan, apakah layak insan seperti aku ini untuk bergandingan dengannya? Sungguh, aku merasakan aku tidak pernah layak untuknya..
Duhai Allah,
Engkau mengetahui aku mencintainya kerana agamanya, kerana cintanya dan keteguhannya pada jalan perjuanganMu, maka izinkanlah aku ya Allah, untuk mencintainya juga meskipun dalam diam...
Duhai Allah,
Terkadang aku merasa keliru dan buntu jugaa..apakah perasaanku ini telah melalaikan aku daripada banyak mengingatiMu?
Terkadang aku merasa gelisah dengan perasaan dan hati ini ya Allah..
Tenangkan lah hatiku ini wahai Tuhan...
andai Engkau mentakdirkan dia untukku, maka Kau permudahkan lah urusan kami ke arah Baitul Muslim..
Wahai Allah,
Kau teguhkanlah hatiku dan hatinya pada ikatan ini, moga hati2 kami ini berada dalam lindunganMu dan jauh daripada hasutan dan sangkaan yang datang daripada syaitan..
Wahai Allah,
Engkau mengetahui betapa aku mencintainya kerana aagamanya, aku kah yang salah ya Allah kerana gagal mengemudi hatiku sendiri? salahkah aku ya Allah kerana mencintainya dalam diam?
Benar-benar, aku buntu ya Allah... :'(