Monday

karya dakwah~Seindah HidayahMu Allah..

(Nota : Ini adalah rekaan sayasemata-mata, tiada kaitan dgn yang hidup apalagi yang sudah  meniggalkan kita semua..Terima lah karya yang x seberapa ini..)


Langit gelap. Hujan turun renyai-renyai membasahi bumi Uitm Shah Alam. Dari kejauhan, gadis itu berlari-lari anak meredah hujan. Berbekalkan sekaki paying dan buku nota kecil yang sentiasa di bawanya ke mana-mana, dia nekad berjalan kaki seorang diri dari kolejnya menuju ke Pusat Islam Uitm Shah Alam. Walau hujan panas sekalipun, janjinya untuk bertemu dengan seseorang mesti ditunaikan. Hasrat hati yang dipendam sekian lama akhirnya termakbul jua pada hari ini, meski pun dia terpaksa mengharung segala bagai kesusahan di luar jangkaannya. Keinginan yang membarah di dalam hati untuk bertemu dengan senior merangkap sahabat kesayangannya itu memaksanya untuk tidak membatalkan sahaja pertemuan itu, meskipun masing-masing di himpit dengan jadual perkuliahan yang begitu padat.

"Assalamualaikum.." Maisarah menghulur salam perlahan. Jubah biru gelap dan kerudung yang dipakainya jelas kebasahan.

"Waalaikumussalam..Maisarah..Masyaallah..kenapa basah macam ni?" Nur Izzah menyapa lembut. 

Kedua-duanya lantas berpelukan erat. Rindu yang dipendam selama ini untuk bertemu empat mata akhirnya terungkai jua dengan izinNya. Masjid Uitm Shah Alam menjadi saksi pertemuan dua sahabat karib itu. Mereka sama-sama duduk di suatu bangku kosong bersebelahan tangga menuju ke tingkat atas masjid Uitm Shah Alam.

"Mai sihat..?" Nur Izzah bertanya lagi sambil matanya tak lepas daripada memandang wajah lembut Maisarah. 

Dalam hatinya dia tertanya-tanya sebab musabab Maisarah mahu bertemu dengannya pada petang itu juga,walhal gadis itu bakal menduduki satu peperiksaan penting esok hari. Perkara mustahak apakah menurut Mai yang ingin diceritakan padanya?

"Alhamdulillah, Mai sihat sahaja Kak Nur..." Maisarah menjawab perlahan. 

Dia membahasakan Nur Izzah sebagai Kak Nur, memandangkan Nur Izzah itu lebih tua dua tahun daripadanya. Suaranya antara dengar dengan tidak sahaja. Wajahnya lesu,jelas menggambarkan kekusutan yang dialaminya. Pandangannya sengaja dilontarkan ke arah lain, segan pula rasanya mahu menceritakan perkara sebenar kepada Nur Izzah.tetapi kak nur lebih bijak membaca keadaan.

"Mai..akak kenal diri Maisarah yang sebenar. Mai yang akak kenal bukannya Mai yang berada di hadapan akak sekarang. Mai yang akak kenal,orangnya sentiasa ceria. Manis wajahnya menyejukkan mata yang memandang. Tutur katanya lembut, berbisa dan luar biasa.Tapi kenapa hari ini Mai semacam aje…Mai ada masalah yea?"Nur Izzah bersuara lagi. 

Dia cuba mencungkil permasalahan Mai yang sebenarnya. Masakan masalah itu biasa-biasa sahaja,sehinggakan Mai mendesaknya untuk bertemu pada hari itu juga?

Maisarah memandang Nur Izzah.Tenungan matanya dalam, dia bagaikan menemui ketenangan pada wajah yang selalu berwudhu itu. Dipandangya wajah Nur Izzah lama-lama. Mai akhirnya menarik nafas dalam-dalam. Dia sedang mengumpul kekuatan untuk meluahkan segala-galanya. Beban yang dipikulnya selama ini benar-benar meresahkannya. Hujan renyai-renyai yang membasahi bumi bagai turut mengerti keresahan dan kesusahan hati yang dipendamnya seorang diri selama ini. Galau dan resah di hati, hanya Tuhan yang tahu.

"…Mai.. Mai jatuh cinta pada seseorang.. Mai sungguh-sungguh sukakan dia,kak Nur.." Maisarah akhirnya bersuara. Kolam matanya mulai bertakung.

Nur Izzah hanya tersenyum.

"Lalu kenapa Mai perlu menangis? Perasaan itu adalah satu fitrah, adikku sayang…kenapa Mai perlu bersedih hati dengan fitrah yang sememangnya kita tak boleh nafikan? Allah memahami fitrah ini, lalu disyariatkan pernikahan untuk menzahirkan kasih sayang antara dua manusia yang  saling mencintai..kenapa, Mai rasa terbeban dengan perasaan ini,yea?.." Nur Izzah membalas. 

Wajah redup Mai dipandangnya lagi.

Maisarah tidak membalas. Dia tidak menggeleng maupun mengiakan.Tetapi air matanya jatuh menitis satu persatu. Bahunya mula terenjut-enjut menahan tangisan. Dalam esak tangisnya, Mai cuba bersuara.

"tapi..tapi..tapi  Mai dengan dia pernah terlalai,kak Nur. .Mai  dengan dia..pernah bermesej-mesej..." Mai  menangis. Wajahnya sengaja ditundukkan. Malu mula menguasai diri. Saat ini dia terfikir, kenapa selama ini dia tidak malu pada Allah? Bermesej dan  berhubung dengan lelaki bukan mahram tanpa hubungan dan keperluan yang jelas, ke mana pergi malunya tika itu ? Dia akhirnya tertunduk.


"Astaghfirullah.."Istighfar meluncur laju di bibir Nur Izzah. Jelas, dia sama sekali tidak menyukai perbuatan Mai, tetapi  dia tahu dia tidak boleh segera menghukum. Manusia boleh berbuat kesilapan apabila imannya mulai lemah. Tangan Mai dicapainya,lalu dipegang erat.

"Mai..Mai sukakan dia?" Nur Izzah bertanya soalan cepumas.

"Ya. Mai sukakan dia. Suka sangat-sangat" Dalam malu Mai membalas.

"Mai sayangkan dia?"

"Sayang" sepatah Mai membalas.

"Kalau betul sayang, ini bukan jalannya, Mai" Nur Izzah bersuara tegas. Wajah Mai dipandangnya lagi.

"Kalau betul sayang, kita takkan bawak dia pada jalan yang Allah murka, iaitu jalan yang menempah tiket percuma ke neraka. Mai orang yang bijak. Mai lantang memberi tazkirah. Mai tahu menilai halal dan haram. Mai orang yang di tarbiah.Masakan dalam perkara seperti ini Mai masih terbabas? Lemah sangatkah diri Mai hingga tak mampu nak kemudi hati sendiri agar tak terjerumus ke dalam jurang-jurang maksiat macam ni?" Nur Izzah menekan Mai dengan persoalan yang bertubi.


"Maafkan Mai. Mai hanya insane biasa yang tak lari dari kesilapan.." nada Mai mula berubah. Kalau tadi sendunya hanya sedikit, kali ini makin bertambah…

"Jangan meminta maaf pada akak,tapi pintalah maaf dan ampun pada Allah. Kalau terus-terusan membiarkan hati lalai dan tenggelam dalam maksiat, lama-lama hati akan jadi kotor. Kalau hati kotor, ilmu pun susah nak masuk. Natijahnya, pelajaran Mai sendiri yang akan terganggu, sebab fokus Mai dicuri..sanggupkah Mai menggadai masa depan hanya untuk angan-angan cinta yang tak pasti? Apa rasionalnya Mai meletakkan cinta dan sayang Mai pada si dia, tapi hakikatnya Mai membelakangkan Allah dalam segenap tindakan Mai?"Nur Izzah memuntahkan persoalan yang bertubi, sengaja mahu mengajak Mai berfikir dengan lebih mendalam. 

BarangkalI, minda Mai saat ini sudah teracun dengan virus yang di cucuk oleh syaitan iblis laknatullah.

Maisarah menggeleng. Dia menyesal kini. Menyesal yang sungguh-sungguh. Keresahan hati yang ditanggungnya selama ini sememangnya berpunca daripada dosa dan maksiat yang dianggapnya remeh.

"kak Nur, masih adakah peluang untuk Mai kembali kepada Allah?"

Mai bertanya ringkas,kepalanya sudah terlalu sarat dengan pelbagai persoalan. Apa yang pasti, dia hanya ingin kembali menjadi dirinya yang dahulu. Dia tidak mahu lagi membiarkan hatinya mengembara ke daerah asing yang bertuhankan nafsu dan berajakan syaitan semata-mata.


"Mai adikku sayang, taukah Mai betapa luasnya keampunan dan kasih sayang Allah? Luasnya keampunan dan kasih sayang Allah, buktinya terakam dalam surah Ali Imran, ayat 133 :Dan berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan dari Tuhan kalian dan berlumba-lumbalah mencari syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa…"

Nur Izzah menarik nafas panjang, sebelum menyambung lagi.

"Mai, kita ada Allah untuk lebih dicintai. Mengapa perlu biarkan hati kita lebih merindui dan menyintai insan lain melebihi Allah, pencipta segala rasa cinta? Usahlah memurahkan diri sendiri untuk mengejar cinta manusia. Pertingkatkan akhlak islamiyyah. Hiasi diri kita dengan adab-adab islam.  Muliakan diri dengan sifat sabar. Itu yang membuatkan diri kita mahal dan bernilai.." Suara lembut Nur Izzah bagai menyiram kembali kegersangan di dinding hati Maisarah, mengupas satu persatu kekontangan hatinya kini.


Maisarah hanya diam tertunduk. Air matanya dibiarkan saja terus menitis. Dia bagaikan mendapat kekuatan semula. Bait-bait kata yang keluar daripada mulut sahabatnya itu dicernanya satu persatu.

Ah,sayangnya Mai pada  Kak Nur !

Maisarah mendongak, dilihatnya kak Nur masih saja memandangnya.

Tanpa berlengah, Maisarah terus memeluk erat sahabat kesayangannya itu. Mai akan berubah, kak Nur! Ini  janji Mai..terima kasih ya Allah kerana Engkau telah menganugerahiku sahabat sebaik dan sesolehah ini !

Gerimis pada petang itu menyaksikan permulaan perubahan seorang gadis yang bakal menjadi penggerak kepada perjuangan Islam.




















Wednesday

Duhai Pemuda...

Bismillahirrahmanirrohim.

Hari ini saya ingin menceritakan tentang pemuda. Saya selalu berharap semoga saya mampu mencontohi kehebatan pemuda yang hidup pada zaman Rasulullah yang menghabiskan usia pemuda mereka dengan ketakwaan kepada Allah.

Pada entry kali ini, saya ingin petik sedikit idea-idea kepemudaan Abu Al Hasan  Al Nadwi daripada sebuah buku yang baru sahaja saya baca, iaitu 'Lalu aku hidup sebagai apa' ? (credit goes to my friend who has given me this book. Saya kagum pada sahabat saya ini kerana cintanya pada ilmu dan buku. Ma shaa Allah may Allah bless him always, InshaaAllah. Ini doa saya untuknya atas kebaikan hatinya )

Pemuda itu perlu ada peribadi talut iaitu kelebihan dalam lapangan ilmu dan kegagahan tubuh badan (Bastatan fil ilm wa al jism). Mereka juga wajar memiliki peribadi yusuf iaitu yang amanah (hafizun alim).
“Apakah agama ini mundur sedangkan aku masih hidup ?”
Frasa di atas adalah lontaran pertanyaan saidina abu bakar as siddiq ketika beliau dilantik sebagai khalifah. Agama tidak akan dibiarkan mundur dan perjuangan perlu berterusan hingga nafas yang terakhir. Setiap detik dalam hidup ini perlu dimanfaatkan untuk dakwah islam. Inilah roh-roh kepemudaan yang perlu di hidupkan dalam diri  seorang pemuda.
Berbicara tentang orang-orang muda, dalam surah Al Kahfi allah berfirman ;
“Sedangkan mereka itu orang-orang yang muda yang beriman kepada tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk”
Dr Abdullah Nasih Ul-Uwan pula menyenaraikan 3 tugasan utama bagi para pemuda ;
1. Melaksanakan tujuan peribadatan kepada Allah, tunduk patuh kepadanya, serta berserah diri dalam setiap musibah yang menimpa.
2. Megikut manhaj rabbani yang tidak akan tembus oleh kebatilan.
3. Memberi kesetiaan hanya kepada allah, rasulnya dan orang-orang mukmin.

Adapun, tugas terbesar seorang pemuda sebagaimana yang ditegaskan oleh Rib’I Ibn Amir ialah menegakkan hukum Allah di muka bumi,mengeluarkan hamba-hambanya daripda penyembahan kepada makhluk kepada penyembahan kepada allah, mengeluarkan mereka daripada kesempitan hidup kepada keluasannya dan daripada kezaliman kekafiran kepada keadilan Islam. 
Saya mendoakan, moga-moga diri saya ini dan sahabat-sahabat saya yang sedang meniti usia remaja ini mampu menggunakan usia muda ini dengan menyibukkan diri dengan kerja-kerja dakwah dan terus istiqomah berada pada jalan perjuangan. Usahlah kita terus lalai dengan masa muda, kerana masa muda ini hanya sekali.



KARYA DAKWAH~ DIA GADIS BERKELUBUNG HITAM.

Di ruang kamar yang gelap itu, ditemani cahaya bulan yang samar-samar, dia duduk bersimpuh. Dia merintih sendirian tanpa ditemani sesiapa. Air mata mengalir deras. Angin malam yang menerobos masuk melalui celah-celah tingkap yang sedikit terbuka, menampar halus kulit wajahnya. Sejuk dan bagai mengerti apa yang di rasainya tika ini. Sakit dan menyakitkan. Dia berengsot perlahan, mencari suatu sudut untuk menyandar. Kelubung hitam yang dipakainya diselak sedikit agar dapat memberi ruang pada nya untuk bernafas. Nyaman. Tenang. Namun esak tangis jua masih kedengaran.

Dia gadis berkelubung hitam, sengaja menghijabkan dirinya daripada pandangan mata manusia . Hanya dua biji bebola matanya yang kelihatan. Sungguh, dia gadis misteri yang sukar dimengerti perasaan dan pemikirannya ! Esakkannya masih saja berbunyi. Kadang-kadang reda, kadang kedengaran kuat sekali. Bahunya terenjut-enjut menahan tangisan. 


Bunyi cengkerik yang bersahut-sahutan di luar ditambah dengan hujan renyai-renyai ternyata tidak sedikitpun menghadirkan rasa takut padanya untuk merasai manisnya bermunajat kepada Allah di malam hari.Al quran kecil yang berada di tangannya diselak lagi. Lantunan suaranya yang merdu mengalunkan kalimah suci bagai satu irama music alam yang mampu membuai penghuninya!

" Dan berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan dari tuhan kalian dan berlumba-lumbalah mencari syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa"

Surah ali-imran. Ayat 133.

Dia tiba-tiba tersenyum. Terhibur sekali hatinya apabila mendengar jaminan syurga oleh allah taala yang disediakan untuk golongan yang bertakwa. Di sudut hatinya yang paling dalam,dia berdoa moga-moga dia juga termasuk dalam golongan yang bertakwa. Diteruskan lagi bacaannya. Di luar, hujan masih turun renyai-renyai membasahi bumi lalu terbentuklah lopak kecil di sekitar pondok kecil yang didiaminya itu.

Namun, apabila sampai pada ayat 135 surah Ali-Imran, dia menangis lagi. Air mata mengalir laju membasahi kedua-dua belah pipinya. Terasa gerun kalau-kalau dosanya yang menimbun selama ini mendatangkan kemurkaan allah padanya kelak. Bimbang kalau-kalau taubatnya selama ini masih tidak diangkat oleh malaikat sehingga menembusi langit ketujuh sehimgga diterima Allah azza wa jalla. Mengingatkan hal itu, dia menangis lagi, terasa benar-benar insaf apabila tiba pada kalam Allah yang berbunyi:

" Orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri lantas mereka ingat akan allah lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa mereka-dan siapakah pula yang berkuasa mengampuni dosa selain daripada Allah?dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedangkan mereka mengetahui "

Dia tersandar, sambil merenung kembali dirinya yang selama ini hidup menumpang di bumi allah taala. Tiada satu pun miliknya . Semuanya hanya pinjaman daripada allah taala. Bahkan segala urat nadinya jua milik Allah Taala. Saluran pernafasannya milik allah jua. Seurat rambut yang dimilikinya sekarang, juga merupakan milik Allah Taala. Mata,hidung,kaki tangan dan mulutnya jua milik Allah, bila-bila masa sahaja segala nikmat yang segala bagai itu boleh ditarik allah. Mana miliknya? TIADA SATU PUN MILIKNYA! Semuanya pinjaman daripada AllahTtaala. Lalu, mau di jawab apa kalau pinjaman Allah taala itu digunakan pada jalan yang salah, pada jalan kemaksiatan, pada jalan yang mampu mengundang kemurkaan PENCIPTA dan PEMBERINYA ?

Dia menangis lagi. Teresak-esak lagi. Kali ini sendunya sudah tidak tertahan. Lalu di angkat kedua tangannya menadah ke langit. Lalu berlantunanlah suaranya, lirih memohon keampunan Allah :

" ya Allah, wahai tuhan yang memiliki dan menguasai arasy! Wahai Tuhan yang berkuasa menabirkan siang dan malam ! wahai Tuhan yang mendengar segala rintihan hamba-hambaNya ! dengarilah rintihanku ini ya Allah…

Ya Allah, sesungguhnya tiadalah dayaku melainkan dengan dayaMu jua..tiadalah kekuatan pada ku melainkan kekuatan dariMu jua..tiadalah keindahan padaku melainkan semuanya milikMu jua…

Ya Allah, wahai Tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang,saksikanlah ya Allah.. hambaMu ini benar-benar telah melampaui batas diriku sendiri..

Ya Allah, tiada tuhan yang mampu membinasakan melainkan Engkau sendiri ya allah..dan tiada tuhan yang mampu memberi ampun melainkan Engkau jua ya Allah..

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa ku,baik yang terang mahupun yang tersembunyi…baik yang besar mahupun yang kecil…tiadalah daya ku untuk membalas sebesar-besar mahupun sekecil-kecil nikmatMu yang telah Engkau anugerahi kepada kami..seandainya ya Allah, kami menyalahi segala nikmat pemberianMu itu dengan melanggar apa-apa sahaja peraturan agamaMu, maka aku dengan rendah hati memohon keampunanMu yang tidak terbatas itu ya Allah..

Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa kedua-dua orang tuaku, dosa kaum kerabatku, dosa sahabat karibku dan juga dosa seluruh muslimin dan muslimat..ampunkanlah kami ya allah, ampunkanlah kami ya Allah, ampunkanlah kami ya Allah.. "
Amin,amin amin ya RABB.

Gadis berkelubung hitam itu mengaminkan doanya. Dia berharap masih ada peluang pada hari esok untuk dia beribadat lagi pada Allah. Dia benar-benar berharap,masih ada peluang yang akan diberikan oleh allah untuknya menabur bakti pada jalan dakwah, pada jalan agama. Dia sungguh-dungguh berharap, agar pada hari esok dia mampu menjadi sebahagian daripada golongan at-taibun, al-a’bidun, al-hamidun, al-raki’un dan as-sajidun.

Dia berharap yang sesungguh-sungguhnya, dari relung hatinya yang paling dalam.
Insyaallah.

Dialah gadis berkelubung hitam !
p/s: rekaan semata-mata dari hamba allah yg dhaif.pendakwah patut kerap bermuraqabah dengan allah dalam segala tindak tanduk, urusan, perkataan, amalan, perasaan dan runtunan emosinya. kesungguhan bermuraqabah dengan Allah boleh menyelamatkan pendakwah dari tergelincir dan menyeleweng. hatinya sentiasa peka dan menurut kemahuan allah dan bukan kehe

Saturday

kARYA DakWAH 2 ~SemoGA bERmANFAAT~

"..Ummah sedang parah,dan Da'ie mahu rebah..?"

Muhammad Adam, pelajar tahun kedua jurusan undang-undang menutup perlahan-lahan pintu bilik Gerakan Mahasiswa Fakulti Undang-Undang. Nafasnya dihembus perlahan. Rasa lega dan tenang yang diharapkannya,rupa-rupanya tak kunjung tiba.perlahan-lahan, Adam menapak ke arah deretan manusia yang sedang menunggu bas di hentian bas kolej Perindu.

Langkahnya layu,lemah sekali.Bait-bait kata dan luahan perasaan yang di lontar semasa meeting terakhir bersama calon-calon pilihan raya kampus 2012/2013 bagai terngiang-ngiang di benaknya,seolah-olah mengocak kembali pendiriannya.

"..Ana dah buat keputusan,ana nak tarik diri daripada pencalonan ni. Muktamad.'' Mesyuarat menjadi panas seketika. Wajah Adam dipandang seakan mahu ditelan. Tak terdaya olehnya membalas pandangan dan renungan mata-mata manusia itu. Pandangannya jatuh pada meja mesyuarat.

'Ahh,lupakan sahaja semua ni. Keputusan dah dibuat, untuk apa difikirkan lagi',rengusnya perlahan.Yang pasti,semua ni dah lepas,fikirnya lagi.

" Adam..!"

Adam berpaling,terlihat olehnya abang Iman,Yang di Pertua Kolej Perindu sedang melambai-lambaikan tangannya. Derap langkah kakinya laju menuju ke arah senior merangkap naqib usrahnya itu.Tangan berjabat mesra. Senyuman plastik terukir di bibirnya. Manis.

"Sihat?",tanya Iman mesra.

"Ana nampak sakitkah?" balas Adam perlahan. 

Nafas dihembus laju. Ppandangannya jatuh pada mahasiswa-mahasiswa yang berderetan menuju ke bangunan Cempaka 2. Ke kelas agaknya,fikir Adam lagi.Jam sudah menunjukkan pukul 1.50 tengahari. Tepat.

"Mana tau,di luar nampak sihat,tapi batinnya menderita.." Iman sekadar berbasi-basa.

"Ana tarik diri" balas Adam.

Iman terdongak,wajah sahabatnya dipandang sekilas. Sudah di agaknya, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Masakan tidak,wajah Adam yang dikenalinya sebagai seorang yang ceria dan sentiasa bersemangat itu kelihatan gusar, jelas menggambarkan kekusutan yang di alaminya.

"Di saat-saat akhir begini?"tanya Iman lagi.

Ingin mencungkil lebih dalam,perlukan kebijaksanaan.Nak mendekati golongan mad'u yang bermasalah pun perlukan uslubnya, samalah juga halnya apabila berhadapan dengan golongan yang sudah mampu berfikir baik dan buruknya seperti Adam. Berfikir dan berhati-hati apabila mengeluarkan kata-kata. Bijaksana dan berhemah itu sememangnya penting. Di mana-mana sahaja,itu yang dipraktikkannya.

"ya,di saat-saat akhir ini..ana dah buat keputusan yang muktamad. Ana rasa ana tak mampu,akhi. Ana rasa ana masih belum kuat untuk berhadapan dengan cabaran dan mehnah yang terlalu banyak.Pergaulan antara siswa dan siswi,ana rasa ana tak mampu nak ubah semua tu..mungkin orang lain kuat dan lebih layak dari ana.."

Iman tersenyum. Setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut adam,didengarinya dan diperhalusinya satu persatu.Dia bagaikan dapat mengagak permasalahan Adam yang sebenarnya.

"Sememangnya dari dulu lagi,ana harus sedar semua ni,bukannya sekarang,baru menyesal...ana harus tau sejauh mana kekuatan ana.ana jelas gagal,akhi.ana tak mampu.." Keluhan berat dilepas adam. Mereka langsung tak menghiraukan siswa siswi yang lalu lalang.

Iman menarik nafas panjang.Sudah tergambar apa yang dirasakan oleh Adam tika ini.

"Dan sekarang enta rasa tak tenang,begitu?enta merasa bersalah,kan?tak,ana silap..enta tak merasa bersalah sebenarnya,tapi enta merasa serba salah..itu dua perkara yang berbeza." Tukas Iman.

"Apa maksud akhi Iman?salah anakah jika ana membuat keputusan untuk menarik diri?lebih baik ana mengundur diri daripada ana mengkhianati amanah nanti...sudah jelas tak mampu,tarik diri sajalah.." luah Adam lagi,kesal.

"Enta terlalu mudah mengaku kalah sebelum berjuang.belum pun mengangkat dan merasakan beratnya senjata,enta sudah pun mengisytiharkan kekalahan dan kelemahan diri enta. Inikah sifat seorang muslim yang mengaku dirinya seorang pejuang?lari dari medan tempur itu jelas sifatnya pengecut,Adam" Iman menambah.

Direnungnya wajah Adam penuh kasih. Kekeruhan dan kekecewaan itulah yang dulunya pernah dialaminya.Tapi dirinya bersyukur,dia masih sempat ditarik oleh sahabat-sahabatnya daripada terus rebah,tersungkur menyembah bumi,sedang yang lain terus mara,meski ujiannya hebat. Mehnahnya pelbagai. Sungguh,derita perjuangan itu sememangnya banyak mengajarnya erti dan hakikat sebuah perjuangan. Lelah tak terkira. Sering bertemankan air mata.Tapi itu yang manis..pun begitu,masih belum tergambar olehnya bagaimana hebat dan besarnya perjuangan yang di bawa oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat tika membawa Islam dahulu. Pasti jauh lebih hebat dan besar.

"Ummah sedang parah,dan enta sudah mahu rebah..?" sambung Iman lagi.

"Tapi ana rasa ana tak mampu dan tak kuat untuk menghadapi semua ni..." Adam bertegas.

Persoalan akhi iman sebentar tadi bagai mengocak semula pendiriannya.salahkah keputusannya?pengecutkah aku?

"Ana rasa ini bukan sifat enta yang sebenarnya...di mana adam yang ana kenal dahulu?di mana Adam yang sentiasa bersemangat,sentiasa berfikiran positif tika dilanda masalah?di mana Adam yang selalu meletakkan gantung harapnya pada tuhan semata?di mana munajat malam Adam itu?di mana zikirnya tika hatinya resah...? Di mana bacaan quran Adam itu,sehingga dirinya menjadi lemah seperti ini?sudah hilangkah Adam yang itu?" Iman mengasak dengan persoalan yang bertubi. Dilihatnya Adam mula mengeluarkan air mata,tak menghiraukan pandangan aneh manusia yang menjeling.

Bas sudah tiba. Adam mengesat air matanya.mereka menyusup perlahan ke dalam bas. Mujur,tidak ramai mahasiswa yang berebut untuk menaiki bas tika ini.

Iman duduk bersebelahan Adam.

" Kalau begitu,bantu ana akhi Iman.."

" Apa yang harus ana lakukan?" tanya Adam lagi. Iman menarik nafas lagi.kemudian dihembus perlahan. Tangan Adam diraihnya.

" Lupakah enta pada kalam Allah di dalam al quran : Adakah manusia mengira bahawa mereka akan di biarkan saja untuk mengaku bahawa kami telah beriman,dan sedangkan mereka tidak diuji lagi?sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"(surah al-ankabut:ayat 1-3)

"Adam,..sememangnya kesusahan dan keperitan itu adalah asam garam dan rencah dalam kehidupan. Tak akan dinamakan perjuangan jika tak ade kesusahan..tak akan dinamakan perjuangan kalau diri masih diselimuti gebar mewah,berjalan sombong di atas keperitan dan penderitaan orang lain,sedang kita pula berseronok dengan jawatan yang disandang...tak dinamakan perjuangan kalau diri masih diulit angan-angan untuk bersenang lenang di hari muka.dan tak di namakan perjuangan kalau diri tak sanggup berkorban...berkorban segenap harta dan jiwa.bukan setakat berkorban masa dan tenaga sahaja.."

Iman menamatkan ayat terakhirnya apabila bas sudah pun berhenti di hadapan bus stop kolej mawar. Mereka berjalan beriringan menuju ke Dataran Cendikia.Perut yang lapar harus juga diisi. Deretan kafe di dataran cendikia bagai menggamit dan melambai mahasiswa2 yg baru selesai kuliah.

"Nun,di sana..enta tak nampakkah sahabat2 kita yg sangat memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan kita?maukah enta melepaskan tanggungjawab enta semata-mata beralasankan tak layak dan tak mampu,sedangkan enta belumpun mencuba?" tanya Iman lagi,sambil telunjuknya mengarah pada kelompok-kelompok siswa dan siswi yang tanpa segan silu duduk berdua-duaan di meja kafe.

Adam mengangguk.Terasa kerdil dan hina dirinya sekarang.malu dirinya di hadapan seniornya itu.padahal tanggungjawab yang bakal digalasnya tidaklah sebesar dan sehebat Akhi Iman. Akhi Iman,senior yang menjawat pelbagai jawatan penting di dalam dan luar kampus,ternyata masih gagah dengan keputusan dan pointer yang tidak kurang hebatnya tiap kali keputusan final exam dikeluarkan. Masih mampu mengendong tanggungjawab dan tugas sebagai seorang pelajar dengan sebaiknya meski dirinya terikat dengan lambakan mesyuarat dan tugas yang tidak pernah selesai.

"Ana tak tahu apa yang harus ana ucapkan sekarang.ternyata masih banyak yang ana perlu ubah mulai sekarang..."Luah adam.

"Akhi,ana juga ingin menjadi seperti akhi..."getusnya lagi,perlahan.

Iman tersenyum,ternyata cubaannya berhasil.alhamdulillah.pujian dipanjatkan.

"Erm,ana teringat satu kalam mutiara daripada seorang yang ana sangat kagumi. Katanya,manusia mudah benci apa yang mereka jahilkan...berdoalah,dan letakkan pergantungan enta hanya pada Allah semata.insyaallah,enta takkan lemah.Takkan rebah lagi. Percayalah Adam"

" Mungkin enta memerlukan buku ini. Ambillah,ana hadiahkan pada enta.bacalah..ana sudah lapar ,jom makan..." kata Iman sambil menyerahkan buku bertajuk Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah,karya Ust Fathi Yakan.

Sebelum bergerak mara, Adam lebih pantas bertindak. Diraihnya tubuh Iman dan dipeluknya erat.

"syukur ya Allah kerana ana dipertemukan dengan akhi..." Adam tak menghiraukan pandangan manusia lain.Yang pasti,hatinya kini mulai terasa tenang,syukur ya Allah.Mereka lantas menuju ke kafe yg berdekatan.kedua-dua insan itu nampaknya tersenyum bahagia,sambil bergurau senda. Itulah mujahid2 yang sentiasa berpesan-pesan pada kebenaran,dan sentiasa berpesan-pesan pula pada kesabaran.
Karya dakwah 1~semoga bermanfaat ~
Kisah Seorang Aku.
Haa,ini kisah aku. Kisah seorang aku yang bertatih-tatih melakukan perubahan. Nama aku,tak usah nak disebutkanlah. Nama tak penting,kot. Yang penting adalah isi cerita aku. Apa yang aku nak sampaikan itu lebih penting daripada nama aku. Kalau aku sebutkan nama aku pun,bukannya korang kenal aku. Aku bukanlah femes macam siti nur haliza, minah tu femes sebab suara and muka dia. Tapi aku tak ade ape-ape yang istimewa pun. Takat harapkan muke je yang hensem and ohsem sikit. Hehe. Anugerah Tuhan selayaknya dipuji,kan?Tapi cerita aku ni,korang kene bace jugak,sebab at least ade jugak pengajaran yang korang akan dapat daripada layan cerita Hindu,Tamil, Korea and segala bagai jenis cerita kat tv tu.

So,macam mana aku nak mulakan,aku pun pening. Pelik, kan? Macam nilah,aku mulakan dengan cerita aku time kecik-kecik dulu. Time aku kecik dulu,aku budak nakal,tapi senakal-nakal aku, takdelah sampai aku mencuri,merompak and membakar rumah orang. Aku nakal-nakal pun,baik jugaklah sikit-sikit.hehe. aku bukannya nak puji diri aku baik macam ustaz, tapi jahat aku tu takdelah sampai aku di kejar oleh tok imam masjid sebab curi duit syiling dalam tabung masjid.

Nakal-nakal aku,aku still hormat orang-orang tua. Aku still cakap baik-baik dengan parents aku. Baik betol aku dulu, kan? Cuma nakal aku tu terserlah sikit kat sekolah. Takat lompat pagar sekolah ,benda biasalah yang aku buat dengan gang aku dulu.tapi serius beb,aku menyesal gila sebab parut kat kaki aku tu masih melekat hingga sekarang. Dan memori tu aku akan ingat sampai bila-bila.siapa suruh lompat pagar sekolah semata-mata nak balik awal? Gila betul time tu. Yelah,sebabnya aku bukannya suka sangat belajar. Kena bangun pagi-pagi,then gosok gigi,then mandi , kemudian pakai baju sekolah yang entah pape tu, and then bawak beg yang beratnya dekat-dekat sepuluh kilo.entah muatan ape yang aku sumbat pun aku tak pasti.jadual kelas yang ade entah aku sumbat kat ceruk mane.lelaki lah katakan.yelah, time tu zaman purba kot. Bukannya macam zaman sekarang,nak pergi sekolah just bawak i-phone lah, i-pad lah, and segala macam benda yang serabai macam tu. Dah takde lagi buku-buku teks yang tebalnya mengalahkan kitab-kitab yang aku pernah belajar kat pondok dulu.

Oh ya,korang jangan terkejut,aku pernah belajar kat pondok jugak tau. Takde lah jahil sangat pasal agama. Tapi sayang,tempoh aku belajar kat pondok tu tak delah lame sangat sebab aku merayu menangis melutut habis-habisan kat umi and abah aku supaya keluarkan aku dari pondok tu. Letak lah aku kat lain,tapi aku tak nak di hantar ke pondok tu. Alasan aku,segan bila duduk dengan budak-budak yang baik macam ape entah. Kalau aku sakit kepala sikit,akan datanglah mamat yang tolong urutkan kepala aku,sampaikan kadang-kadang aku rase geli-gelemen. Entah pape lah pikiran aku time tu. Poyol dah agaknya otak aku. Aku malu sebab aku agak rock sikit.awal-awal datang daftar kat pondok tu,aku dah cipta sejarah.pakai seluar jean yang lusuh, macam dah 15 tahun diguna.muaallim pun senyum-senyum je kat aku.almaklumlaa,sebenarnya kami dah dimaklumkan untuk berpakaian sopan. Habis,pakaian aku tak sopan ke time tu? Rase macam nak sembur je soklan nih bila diorang main jelling-jeling pandang kat aku.taulah aku ni ohsem , hensem lak tu. Umi abah aku hanya mampu menggeleng kepala bila adik aku yang satu-satunya yang datang tu bandingkan aku dengan pelajar-pelajar lain.diorang semua,semasa awal-awal daftar tu dah siap melilit serban segala bagai kat atas kepala.aku lak,simple giler. Asal beres,sudah.

And nak diringkaskan cerita, disebabkan aku ni terlalu ‘rajin’ belajar,entah sebab ape result aku ok lah jugak. Means takdelah teruk macam tak belajar langsung,jika dibandingkan dengan kawan aku yang terpaksa menadah telinga mendengar bebelan parents diorang. Aku punyer result lak,hehe…paling kurang pun parents aku boleh lah senyum sampai kat telinga sebab takde subjek yang fail.aku pun pelik jugak,kenapa aku dapat ok je,sedangkan semua kawan-kawan aku yang lain tersangkut? And finally I made a simple conclusion; tuhan nak kasi aku jalan untuk berubah. Segala-galanya bermula selepas aku dapat result tu,and itulah point penting yang aku nak sampaikan sebenarnya,hingga melalut yang bukan-bukan lak.

Selepas aku menduduki SPM,aku dihantar oleh mak bapak aku ke sebuah uni awam. Tak payah mention lah kat sini uni ape. And aku duduk sebilik dengan sorang mamat lembut.kenapa aku panggil dia mamat lembut,sebab dia tersangatlah baik. Awal-awal aku dah rasa agak cuak,bila tiap-tiap kali aku tanya dia,nak ke mana?dia akan jawab ke surau.siap ajak aku sekali untuk jadi imam.fuhh..awal2 lagi aku tolak dengan beribu-ribu idea yang aku tak tau macam mana laju je keluar dari kepala aku.time nak jawab exam tak laju mcm tu lak.Aku rasa allah memang hantarkan dia untuk aku.supaya aku berubah. Walaupun aku takdelah layan-layan perempuan,takdelah couple2,merokok pun tak…takat kuar malam2,rilek2 and lepak ngan kengkawan tu adelah.pulang lewat malam sampai kol 2,3 pagi tu biasalah.aku rasa aku sangat teruk.tak pernah nak solat berjemaah kat surau or masjid.nak bagi ceramah jauh sekali.nak berdakwah pada orang,pun amat jauh rasenya.ibaratnya,takde pape yang aku buat untuk agama aku.hidup aku lagaknya hanya untuk makan,belajar,and mandi.plus berseronok kat luar dengan kawan-kawan.kosong sekali.kosong.ya,kosong….

Roommate aku tu sering ajak aku ke surau untuk berjemaah. And disebabkan nak sangat jaga hati dye and nak jaga maruah aku jugak ,so aku pernah ikut dia sekali ke surau kolej.macam biasalah,pakai seluar jean.pakai kopiah lembik atas kepala.tu pun pinjam drp dia,Amin namanya.orangnya baik and lembut macam namanya jugak. Lembut maksud aku ,percakapannya sopan. Tak macam kebanyakan lelaki lain and kengkawan lelaki yang aku kenal. Pokok pangkalnya,dia memang baik,peramah sekali.rupa-rupanya dia merupakan ketua biro kerohanian di surau kolej.dia rukuk,aku pun rukuk. Dia sujud aku pun sujud. Berjemaah. And lepas maghrib,aku terus ghaib dari surau tu.pandai plak aku mencelah dalam keramaian manusia yang terpilih oleh allah untuk mengimarahkan surau tu.malu and segan sekali nak duduk bersila dalam halaqah yang dibentuk usai solat mahgrib.and lepas tu,dia sering ajak aku lagi.tapi aku dah serik nak datang.rase macam tak layak pulak datang ke rumah allah dalam keadaan hati yang hina.tapi Amin sering katakan pada aku,rumah allah bukan untuk orang-orang yang baik je. Rumah Allah tu sentiasa terbukak untuk orang2 yang nak jadi baik.A lah,time tu aku rase nak balas;aku ni jahat ke?hehe.biol betul aku ni.tapi memandangkan aku tersangatlah hormatkan dia,tak jadilah tanye dia balik. Takat senyum-senyum macam tu jelah….

Amin jugalah manusia yang kenalkan aku pada usrah. Dia ajarkan aku apa itu halaqah.Melalui dia jugalah,aku belajar mengenai satu ungkapan,iaitu cinta Allah. Tapi time tu aku takdelah baik macam dia lagi. Usrah and halaqah tu,aku tak pernah datang.Tapi amin sering tunjukkan aku gambar2 dia dan kengkawannya berusrah and berhalaqah kat surau. And aku seperti biasa,geleng2 and angguk2.Tak taulah apa yang digeleng and tak pasti lak ape benda yang aku angguk,tapi aku buat je. Dah agak dah,mesti dia nak trick and kasi dakwah aku.Takpelah,da dapat detect dah.Tapi aku sangat hormatkan dia.that’s why aku tadahkan je telinga aku mendengar cerita2 and sometine tazkirah dia .

Tapi,aku sangat bersyukur sekarang,sebab Allah pilih aku untuk menjadi salah seorang hambaNya yang bersyukur and bertaubat. Segala-galanya bermula pada satu malam yang aku sumpah,aku takkan lupakan ia sampai bila-bila.waa,dramatic gitu.pada malam tu,seperti biasa,aku pulang lewat malam lepas berjimbar dengan gang motor.dalam kol 4 pagi baru sampai kat bilik.and time aku bukak pintu bilik,aku nampak Amin tengah sujud..perlahan-lahan,aku tutup balik pintu bilik. Tak nak kasi dia terganggu,aku terus humbankan diri aku atas katil.mata aku terpejam,tapi hati aku gelisah.

Amin yang sedang sujud sedari tadi aku pandang and jelling dengan ekor mata. Rasa sayu and insaf seketika apabila melihat kesungguhan Amin mengabdikan dirinya pada Allah. And entah kenapa,secara tiba-tiba,air mata aku menitis laju.aku menangis! Dalam diam aku terfikir,sudah lama sekali aku hidup. Tapi aku tak pernah ingat pada Allah. Seingat aku,tak pernah aku menangis kerana takutkan Allah, Astaghfirullah! Jahilnya and tertutupnya hati aku selama ni…20 tahun aku hidup,menghirup udara segar,ada mata ada kaki,cukup lengkap segala anggota,tapi aku tak bersyukur.tak menggunakan nikmat nya dengan sebaiknya.allahurobbi.aku bingkas bangun.rasanya time tulah allah serapkan hidayah pada aku.aku pandang amin yang sedang sujud.kalau boleh,time tu juga,aku ingin katakan pada amin aku ingin berubah! Aku akan ikutnya ke surau.aku akan ikutnya berusrah and berhalaqah.aku akan buat and ikut apa saja yang amin suruh. Aku bagaikan bertekad,aku nak cari and kejar cinta Allah!

Tapi aneh,aku tunggu Amin bangun and selesai dari sujudnya.tapi Amin tak bangun. Lima minit.sepuluh minit.lima belas minit.dan akhirnya aku berdebar-debar.tertidur atau sudah……aku tak sanggup nak teruskan ayat tu.

Aku panggil and seru nama Amin. Tak bergerak. Aku seru kuat lagi. Dalam hati aku berharap dia hanya tertidur..lagi and lagi.tapi Amin tak bangun-bangun jugak. Aku sentuh and goncangkan sikit tubuh Amin. Tak bergerak. Kaku. Akhirnya tubuhnya terkulai dalam pelukan tanganku. Aku periksa nadinya.tak bergerak. Aku terketar-ketar.aku goncangkan badannya…,pun takde tindak balas. Time tu aku hanya mampu menangis and meraung.

Keesokan paginya,jenazah Amin dihantar ke hospital. Dengan mata yang cenkung and tubuh yang lemah,aku dipanggil untuk di ambil keterangan oleh pihak hospital dan pihak polis. Akhirnya,amin disahkan meninggal dunia ketika sujud. Hebat! Subhanallah….

And sepanjang hari tu,aku terasa roh ku juga bagai turut melayang bersama roh Amin. Hanya jasad aku yang ade di alam nyata.aku rindukan kata-kata amin,tutur bicara amin,nasihat amin,pandangan and renungan mata amin tika aku beralasan untuk ke surau,segala-galanya aku rindu! And akhirnya aku sedar,aku kehilangan Amin !
Sampai sekarang,aku masih kerap menziarahi kubur Amin.aku juga makin kerap mengimarahkan rumah Allah. Aku dengar and hadiri majlis2 ilmu. Terasa,hidupku makin bererti. Terasa hari-hariku makin indah and bermakna sekali.

Akhirnya aku sedar,aku kehilangan Amin,tapi Allah gantikan aku dengan sesuatu yang sangat bernilai and berharga,iaitu cinta Allah.moga ianya terus bersemi di hati selama-lamanya.Al fatihah buat arwah Amin.

Note:sesungguhnya tiap2 anak Adam itu tidak akan terlepas drp melakukan dosa.tetapi sebaik2 pendosa adalah mereka yg bertaubat.Hisab diri,muhasabah and fikir ;kalau aku mati sekarang,di manakah tempat aku? aku berbicara tentang usrah,aku berbicara tentang tarbiyah,dakwah,jihad,pengorbanan n syahid di jalan allah...moga2 aku juga kuat untuk mempraktikkan segala ilmuku untuk kehidupan akhirat.wallahua'alam.
Rekaan semata dari hamba al faqir
~siti hajar alias~
done on Tuesday,13/11/12,1.00 a.m…

Friday

" Cita-cita Saya..."

Bismillahirrahmanirrahim.


                

Telah lama rasanya membiarkan blog ini kosong tanpa sebarang pengisian. Hari ini merasakan agak lapang, jadi sengaja meluangkan masa dengan coretan di ruangan yang sudah lama dibiarkan berhabuk ini. Pada hari ini saya ingin update tentang impian dan cita-cita saya. Selama ini sepanjang saya hidup di atas muka bumi Allah Taala ini, jujur saya katakan saya tidak pernah mempunyai cita-cita yang jelas dalam hidup saya. Jujur saya katakan, hidup saya selama ini seolah-olah hanya untuk kepentingan diri sendiri dan kepentingan duniawi semata-mata. Tetapi mulai sekarang, di kala usia saya 22 tahun , saya sudah mempunyai cita-cita yang jelas. Saya bangga mempunyai cita-cita seperti ini, kerana saya tahu apa yang perlu saya kejar dalam hidup saya. Cewahh . 

Sebelum ini jujur saya katakan, walaupun saya mengambil bidang undang-undang, saya tidak meminati bidang ini secara mendalam. Hanya setelah saya menghabiskan internship saya pada cuti semester yang lepas, barulah saya semakin jelas dengan apa yang saya mahukan sebenarnya. Pendek kata, saya semakin jelas (muah-mudahan) dengan jalan yang akan saya lalui ini, semga Allah permudahkan buat saya Inshaa Allah. Saya berazam, untuk semester ini, saya mahu memfokuskan kepada pembaikkan diri saya sendiri, dan pada masa yang sama saya juga ingin memberi kebaikkan pada oran lain. Maksud saya, pada masa saya berusaha memperbaiki diri saya, saya juga ingin mengajak orang-orang di sekeliling saya untuk sama-sama memperbaiki diri. Islah nafsik, wa ud'u ghairak.

Oleh itu azam saya untuk permulaan semester ini ; 

1. Saya ingin menjdi pelajar Fakulti Undang-Undang yang sentiasa mengambil berat tentang akademik saya. Saya ingin menyusun jadual pembelajaran saya dengan lebih sistematik. Saya ingin menjaga hubungan saya dengan pensyarah, sentiasa mendoakan mereka, dan saya juga ingin menjaga hubungan saya dengan classmates saya. 

2. Sebagai seorang anak, saya ingin sentiasa sematkan di dalam diri saya bahawa saya mempunyai tanggungjawab yang besar kepada keluarga saya. Saya ingin kerap bertanya khabar kepada ibu bapa saya, saya juga ingin menjaga adik-adik saya dengan penuh kasih sayang, saya juga ingin membentuk diri saya ke arah yang lebih baik dari sudut akhlak saya. Saya ingin perbanyakkan doa saya kepada Allah, mudah-mudahan Allah menyatukan ahli keluarga saya di syurgaNya yang indah . Ameen ya mujibb.

3. Sebagai seorang sahabat, sudah tentu saya ingin menjadi seorang sahbat yang sentiasa ada di saat sahabat-sahabat saya memerlukan saya. Saya ingin memperelok akhlak saya apabla bersama mereka, mengajak mereka ke arah kebaikkan dan mendoakan mereka senantiasa.

4. Sebagai seorang hamba Allah, sudah tentu saya ingin mempersembahkan amalan terbaik apabila saya bertemu Allah nanti. Saya ingin langsaikan hutang saya sesama manusia, saya ingin langsaikan segala hutang saya kepada Allah jua, dari sudut taubat saya, saya ingin istiqomah dalam taubat, saya ingin istiqomah di jalan perjuangan, saya ingin jatuh cinta kepada Allah dan RasulNya.

5. Saya sebagai seorang muslimah ? Sudah tentu saya ingin menjadi muslimah yang cintakan Allah dan Rasul, yang sentiasa menjaga pandangan mata dan memelihara hati saya. Azam saya, saya ingin memelihara pergaulan saya dengan kaum lelaki, dan meletakkan batas antara saya dan lelaki agar saya dapat menjaga hati saya kerana Allah Taala. Saya ingin jatuh cinta pada Allah. Saya tidak ingin melalaikan hati saya dengan mencintai orang yang bukan mharam. Buat masa ini, fokus saya adalah pada akademik dan pada perjuangan, pada jalan dakwah. Inilah kecintaan saya. Saya tidak mahu jatuh cinta pada mana-mana lelaki selagi belum tiba masanya, ini janji saya. Saya ingin memperbaiki diri saya terlebih dahulu... 

Apa pula cita-cita saya ? 

Hehe saya berazam untuk menghabiskan pengajian undang-undang dengan berjaya, setelah itu saya ingin menyambung di dalam bidang master dan berusaha untuk menjadi pensyarah. Saya ingin mendidik pelajar saya di dalam kelas, saya sesungguhnya ingin menjadikan profesion ini sebagai platform untuk saya berdakwah kepada mereka ! 

Inilah cita-cita saya...semoga Tuhan memudahkan...dan yang paling saya suka semester ini adalah,,, saya memegang surau Kolej Mawar, sesuatu yang saya sangat suka kerana saya merasakan itulah platform untuk saya lebih dekat pada rumah Allah dan sekali gus mengajak penghuni Teratak Coklat itu untuk turut sama mengimarahkan rumah Allah... 

Keep it up Hajar ! You can always do this.. Ya Allah, permudahkanlah.... ameen ya mujib ...