Bismillahirrahmanirrohim.
Hari ini saya ingin menceritakan
tentang pemuda. Saya selalu berharap semoga saya mampu mencontohi kehebatan
pemuda yang hidup pada zaman Rasulullah yang menghabiskan usia pemuda mereka
dengan ketakwaan kepada Allah.
Pada entry kali ini, saya ingin petik sedikit idea-idea kepemudaan Abu Al Hasan Al Nadwi daripada sebuah buku yang baru sahaja saya baca, iaitu 'Lalu aku hidup sebagai apa' ? (credit goes to my friend who has given me this book. Saya kagum pada sahabat saya ini kerana cintanya pada ilmu dan buku. Ma shaa Allah may Allah bless him always, InshaaAllah. Ini doa saya untuknya atas kebaikan hatinya )
Pemuda itu perlu ada peribadi talut iaitu kelebihan dalam lapangan ilmu dan kegagahan tubuh badan (Bastatan fil ilm wa al jism). Mereka juga wajar memiliki peribadi yusuf iaitu yang amanah (hafizun alim).

“Apakah agama
ini mundur sedangkan aku masih hidup ?”
Frasa di atas
adalah lontaran pertanyaan saidina abu bakar as siddiq ketika beliau dilantik
sebagai khalifah. Agama tidak akan dibiarkan mundur dan perjuangan perlu
berterusan hingga nafas yang terakhir. Setiap detik dalam hidup ini perlu
dimanfaatkan untuk dakwah islam. Inilah roh-roh kepemudaan yang perlu di
hidupkan dalam diri seorang pemuda.
Berbicara
tentang orang-orang muda, dalam surah Al Kahfi allah berfirman ;
“Sedangkan
mereka itu orang-orang yang muda yang beriman kepada tuhan mereka, dan kami
tambahi mereka dengan hidayah petunjuk”
Dr Abdullah Nasih Ul-Uwan pula menyenaraikan 3 tugasan utama bagi para pemuda ;
1. Melaksanakan
tujuan peribadatan kepada Allah, tunduk patuh kepadanya, serta berserah diri
dalam setiap musibah yang menimpa.
2. Megikut manhaj
rabbani yang tidak akan tembus oleh kebatilan.
3. Memberi kesetiaan hanya kepada allah, rasulnya dan orang-orang mukmin.
Adapun, tugas
terbesar seorang pemuda sebagaimana yang ditegaskan oleh Rib’I Ibn Amir ialah
menegakkan hukum Allah di muka bumi,mengeluarkan hamba-hambanya daripda
penyembahan kepada makhluk kepada penyembahan kepada allah, mengeluarkan mereka
daripada kesempitan hidup kepada keluasannya dan daripada kezaliman kekafiran
kepada keadilan Islam.
Saya mendoakan, moga-moga diri saya ini dan sahabat-sahabat saya yang sedang meniti usia remaja ini mampu menggunakan usia muda ini dengan menyibukkan diri dengan kerja-kerja dakwah dan terus istiqomah berada pada jalan perjuangan. Usahlah kita terus lalai dengan masa muda, kerana masa muda ini hanya sekali.
No comments:
Post a Comment