(Nota : Ini adalah rekaan sayasemata-mata, tiada kaitan dgn yang hidup apalagi yang sudah meniggalkan kita semua..Terima lah karya yang x seberapa ini..)
Langit gelap. Hujan turun renyai-renyai
membasahi bumi Uitm Shah Alam. Dari kejauhan, gadis itu berlari-lari anak meredah
hujan. Berbekalkan sekaki paying dan buku nota kecil yang sentiasa di bawanya ke
mana-mana, dia nekad berjalan kaki seorang diri dari kolejnya menuju ke Pusat Islam
Uitm Shah Alam. Walau hujan panas sekalipun, janjinya untuk bertemu dengan seseorang
mesti ditunaikan. Hasrat hati yang dipendam sekian lama akhirnya termakbul jua pada
hari ini, meski pun dia terpaksa mengharung segala bagai kesusahan di luar jangkaannya.
Keinginan yang membarah di dalam hati untuk bertemu dengan senior merangkap sahabat
kesayangannya itu memaksanya untuk tidak membatalkan sahaja pertemuan itu,
meskipun masing-masing di himpit dengan jadual perkuliahan yang begitu padat.
"Assalamualaikum.." Maisarah menghulur
salam perlahan. Jubah biru gelap dan kerudung yang dipakainya jelas kebasahan.
"Waalaikumussalam..Maisarah..Masyaallah..kenapa
basah macam ni?" Nur Izzah menyapa lembut.
Kedua-duanya lantas berpelukan erat.
Rindu yang dipendam selama ini untuk bertemu empat mata akhirnya terungkai jua dengan
izinNya. Masjid Uitm Shah Alam menjadi saksi pertemuan dua sahabat karib itu. Mereka
sama-sama duduk di suatu bangku kosong bersebelahan tangga menuju ke tingkat
atas masjid Uitm Shah Alam.
"Mai sihat..?" Nur Izzah bertanya
lagi sambil matanya tak lepas daripada memandang wajah lembut Maisarah.
Dalam hatinya
dia tertanya-tanya sebab musabab Maisarah mahu bertemu dengannya pada petang itu
juga,walhal gadis itu bakal menduduki satu peperiksaan penting esok hari. Perkara
mustahak apakah menurut Mai yang ingin diceritakan padanya?
"Alhamdulillah, Mai sihat sahaja
Kak Nur..." Maisarah menjawab perlahan.
Dia membahasakan Nur Izzah sebagai Kak Nur,
memandangkan Nur Izzah itu lebih tua dua tahun daripadanya. Suaranya antara dengar
dengan tidak sahaja. Wajahnya lesu,jelas menggambarkan kekusutan yang
dialaminya. Pandangannya sengaja dilontarkan ke arah lain, segan pula rasanya mahu
menceritakan perkara sebenar kepada Nur Izzah.tetapi kak nur lebih bijak membaca keadaan.
"Mai..akak kenal diri Maisarah
yang sebenar. Mai yang akak kenal bukannya Mai yang berada di hadapan akak sekarang.
Mai yang akak kenal,orangnya sentiasa ceria. Manis wajahnya menyejukkan mata yang
memandang. Tutur katanya lembut, berbisa dan luar biasa.Tapi kenapa hari ini
Mai semacam aje…Mai ada masalah yea?"Nur Izzah bersuara lagi.
Dia cuba mencungkil
permasalahan Mai yang sebenarnya. Masakan masalah itu biasa-biasa sahaja,sehinggakan
Mai mendesaknya untuk bertemu pada hari itu juga?
Maisarah memandang Nur Izzah.Tenungan
matanya dalam, dia bagaikan menemui ketenangan pada wajah yang selalu berwudhu itu.
Dipandangya wajah Nur Izzah lama-lama. Mai akhirnya menarik nafas dalam-dalam. Dia sedang mengumpul
kekuatan untuk meluahkan segala-galanya. Beban yang dipikulnya selama ini benar-benar
meresahkannya. Hujan renyai-renyai yang membasahi bumi bagai turut mengerti keresahan
dan kesusahan hati yang dipendamnya seorang diri selama ini. Galau dan resah di
hati, hanya Tuhan yang tahu.
"…Mai.. Mai jatuh cinta pada seseorang..
Mai sungguh-sungguh sukakan dia,kak Nur.." Maisarah akhirnya bersuara. Kolam matanya
mulai bertakung.
Nur Izzah hanya tersenyum.
"Lalu kenapa Mai perlu menangis?
Perasaan itu adalah satu fitrah, adikku sayang…kenapa Mai perlu bersedih hati dengan
fitrah yang sememangnya kita tak boleh nafikan? Allah memahami fitrah ini, lalu
disyariatkan pernikahan untuk menzahirkan kasih sayang antara dua manusia yang saling mencintai..kenapa, Mai rasa
terbeban dengan perasaan ini,yea?.." Nur Izzah membalas.
Wajah redup Mai
dipandangnya lagi.
Maisarah tidak membalas. Dia tidak
menggeleng maupun mengiakan.Tetapi air matanya jatuh menitis satu persatu. Bahunya
mula terenjut-enjut menahan tangisan. Dalam esak tangisnya, Mai cuba bersuara.
"tapi..tapi..tapi Mai dengan dia pernah terlalai,kak Nur. .Mai dengan dia..pernah bermesej-mesej..." Mai menangis. Wajahnya sengaja ditundukkan. Malu mula
menguasai diri. Saat ini dia terfikir, kenapa selama ini dia tidak malu pada Allah?
Bermesej dan berhubung dengan lelaki bukan
mahram tanpa hubungan dan keperluan yang jelas, ke mana pergi malunya tika itu
? Dia akhirnya tertunduk.
"Astaghfirullah.."Istighfar meluncur
laju di bibir Nur Izzah. Jelas, dia sama sekali tidak menyukai perbuatan Mai,
tetapi dia tahu dia tidak boleh segera
menghukum. Manusia boleh berbuat kesilapan apabila imannya mulai lemah. Tangan
Mai dicapainya,lalu dipegang erat.
"Mai..Mai sukakan dia?" Nur Izzah
bertanya soalan cepumas.
"Ya. Mai sukakan dia. Suka sangat-sangat" Dalam malu Mai membalas.
"Mai sayangkan dia?"
"Sayang" sepatah Mai membalas.
"Kalau betul sayang, ini bukan
jalannya, Mai" Nur Izzah bersuara tegas. Wajah Mai dipandangnya lagi.
"Kalau betul sayang, kita takkan
bawak dia pada jalan yang Allah murka, iaitu jalan yang menempah tiket percuma ke
neraka. Mai orang yang bijak. Mai lantang memberi tazkirah. Mai tahu menilai
halal dan haram. Mai orang yang di tarbiah.Masakan dalam perkara seperti ini Mai
masih terbabas? Lemah sangatkah diri Mai hingga tak mampu nak kemudi hati sendiri
agar tak terjerumus ke dalam jurang-jurang maksiat macam ni?" Nur Izzah menekan
Mai dengan persoalan yang bertubi.
"Maafkan Mai. Mai hanya insane biasa
yang tak lari dari kesilapan.." nada Mai mula berubah. Kalau tadi sendunya hanya
sedikit, kali ini makin bertambah…
"Jangan meminta maaf pada akak,tapi
pintalah maaf dan ampun pada Allah. Kalau terus-terusan membiarkan hati lalai dan
tenggelam dalam maksiat, lama-lama hati akan jadi kotor. Kalau hati kotor, ilmu
pun susah nak masuk. Natijahnya, pelajaran Mai sendiri yang akan terganggu,
sebab fokus Mai dicuri..sanggupkah Mai menggadai masa depan hanya untuk angan-angan
cinta yang tak pasti? Apa rasionalnya Mai meletakkan cinta dan sayang Mai pada si
dia, tapi hakikatnya Mai membelakangkan Allah dalam segenap tindakan Mai?"Nur Izzah
memuntahkan persoalan yang bertubi, sengaja mahu mengajak Mai berfikir dengan lebih
mendalam.
BarangkalI, minda Mai saat ini sudah teracun dengan virus yang di
cucuk oleh syaitan iblis laknatullah.
Maisarah menggeleng. Dia menyesal
kini. Menyesal yang sungguh-sungguh. Keresahan hati yang ditanggungnya selama ini
sememangnya berpunca daripada dosa dan maksiat yang dianggapnya remeh.
"kak Nur, masih adakah peluang untuk
Mai kembali kepada Allah?"
Mai bertanya ringkas,kepalanya sudah terlalu sarat dengan
pelbagai persoalan. Apa yang pasti, dia hanya ingin kembali menjadi dirinya
yang dahulu. Dia tidak mahu lagi membiarkan hatinya mengembara ke daerah asing
yang bertuhankan nafsu dan berajakan syaitan semata-mata.
"Mai adikku sayang, taukah Mai
betapa luasnya keampunan dan kasih sayang Allah? Luasnya keampunan dan kasih sayang
Allah, buktinya terakam dalam surah Ali Imran, ayat 133 :Dan berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan
dari Tuhan kalian dan berlumba-lumbalah mencari syurga yang luasnya seluas langit
dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa…"
Nur Izzah
menarik nafas panjang, sebelum menyambung lagi.
"Mai,
kita ada Allah untuk lebih dicintai. Mengapa perlu biarkan hati kita lebih merindui
dan menyintai insan lain melebihi Allah, pencipta segala rasa cinta? Usahlah memurahkan
diri sendiri untuk mengejar cinta manusia. Pertingkatkan akhlak islamiyyah. Hiasi
diri kita dengan adab-adab islam. Muliakan
diri dengan sifat sabar. Itu yang membuatkan diri kita mahal dan bernilai.." Suara
lembut Nur Izzah bagai menyiram kembali kegersangan di dinding hati Maisarah,
mengupas satu persatu kekontangan hatinya kini.
Maisarah
hanya diam tertunduk. Air matanya dibiarkan saja terus menitis. Dia bagaikan mendapat
kekuatan semula. Bait-bait kata yang keluar daripada mulut sahabatnya itu dicernanya
satu persatu.
Ah,sayangnya
Mai pada Kak Nur !
Maisarah mendongak, dilihatnya kak Nur masih saja memandangnya.
Tanpa berlengah,
Maisarah terus memeluk erat sahabat kesayangannya itu. Mai akan berubah, kak Nur!
Ini janji Mai..terima kasih ya Allah
kerana Engkau telah menganugerahiku sahabat sebaik dan sesolehah ini !
Gerimis
pada petang itu menyaksikan permulaan perubahan seorang gadis yang bakal menjadi
penggerak kepada perjuangan Islam.