Saturday

MONOLOG SANG MUJAHID

Karya Dakwah~
MONOLOG SANG MUJAHID


Petang itu mendung. Awan berarak kelabu,seolah-olah membawa petanda bahawa bumi akan dilimpahi hujan. Bila-bila masa sahaja,gerimis mungkin akan turun. Satu detik,dua detik berlalu. Tiada siapa yang mampu melawan kehendak Tuhan,jika Dia menghendaki ; kun fayakun.

 Gerimis turun jua menitis kepermukaan jalan tar tersebut,lalu terbentuklah lopak-lopak kecik di permukaan jalan yang berlekuk.Semua orang bertempiaran lari menyelamatkan diri masing-masing daripada kebasahan. Pondok kecil yang bersebelahan perhentian bas itu menjadi sunyi sepi.

Kalau tadinya ramai sekali anak muda yang melepak di situ,tetapi kini satu persatu anak muda yang duduk bersamanya tadi pergi meninggalkan dirinya seorang. Gerimis yang tadinya hanya sedikit,kini bertukar menjadi hujan yang mencurah-curah.Tetapi dia masih di situ. Tidak sedikitpun dia berganjak daripada tempat asalnya. Dia bagaikan merasa seronok melihat rintik hujan yang membasahi bumi. Angin sejuk yang mencengkam hingga ke tulang seolah-olah tiada apa-apa baginya.

 Matanya masih saja memandang rintik hujan yang turun. Dia bagaikan seorang pengembara yang sedang menikmati irama muzikal alam. Hatinya sama sekali tidak gelisah walaupun tempias sesekali menerpa kulit wajahnya,bahkan dia sama sekali tidak kisah walaupun t- shirt mahal berwarna merah hitam yang dipakainya mulai lencun dek tempias. Hatinya seolah-olah turut sama menyanyi seiring dengan rintik hujan yang turun.

 Tiada siapapun yang tahu,dalam diam,hatinya sedang menangis. Dia kesepian. Zahirnya dia tampak biasa-biasa sahaja,tetapi daripada relung hatinya yang paling dalam, dia mulai mengakui. Dia kesepian kini. Tiada satu apapun perkara yang dia miliki kini,mampu memberi ketenangan pada hatinya. Keluarga, wang ringgit, bahkan kedudukan dan pangkat sosial yang dimilikinya kini tidak mampu memberi kebahagian kepada dirinya.

 Dia anak muda yang dibekali kejayaan demi kejayaan. Bisnesnya melangkaui sempadan negara jiran, duitnya melimpah ruah,pasti melebihi bekalan untuk tujuh keturunan sekalipun. Isterinya cantik jelita,bahkan semakin bertambah bilangan ahli keluarganya dengan kelahiran anaknya yang ketiga. Status sosialnya menyebabkan dia dipandang hormat. Sesiapa yang sahaja yang mengenal dirinya,pasti merasa kagum dengan kejayaan yang diraihnya. Tiada seorang pun manusia di daerahnya yang tidak mengenal siapa dirinya. Tetapi tiada siapa yang tahu,batinnya sedang mengunyah derita dan sengsara yang teramat !

Dia terasa ingin menangis tetapi hartanya tidak mampu mengelap air matanya.

Dia ingin menjerit kerana batinnya merasa resah, tetapi kedudukan dan pangkat yang dimilikinya sekarang seolah-olah sedang mengejek dan menghalang dirinya kini.

Dia ingin lari,tetapi gelaran 'Tuan'  yang berada di pundaknya sedang mengikat dirinya ,tidak mampu dia bergerak.Dia bagaikan melihat senyuman sinis pekerja-pekerja bawahannya. Mereka sedang mentertawakannya!

Dia memanggil-manggil anak dan isterinya ; ayuh ke sini duhai permata hatiku. Datanglah dekat denganku agar aku merasa tenang ! Tetapi mereka hanya berdiam diri,tiada seorang pun yang datang mendekat. Mereka bagaikan tuli,tidak sedikitpun mereka endah dengan panggilan batinnya yang sedang merana.

Apa, dikala hujan turun dengan lebat,air matanya juga mengalir deras.

Apa,dikala dia benar-benar merasa sunyi dan sepi,tiada apa pun perkara yamg mampu menenangkannya.

Apa,sedang berilusikah dia sekarang ; nyawa masih di halkum tetapi jasadnya bagai sudah mati?

Apa,dimanakah rasa bertuhan dalam dirinnya ,sehingga di saat ini yang dia panggil dan kejar hanyalah wang ringgit,anak isteri lalu dia sanggup melupakan Tuhan yang lebih dekat daripada urat di lehernya sendiri?

Lalu dia teringat pada kalam Allah di dalam al Quran ;

Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik" 
(S. AT TAUBAH,AYAT 24)

Sesungguhnya dia mengakui kini kebenaran kalam Allah di dalam al quran,bahawa kekayaan wang ringgit,anak isteri yang dikejarnya tidak mampu memberikannya ketenangan barang sedikitpun jika dia melalaikan tanggungjwabnya sebagai hamba Allah yang berjuang menegakkan kalimah Allah. 
Apa ,lupakah dia bahawa cita-citanya dahulu adalah ingin menjadi mujahid yang berjihad membela ugama Allah?

Apa, lupakah dia bahawa Tuhan sedang berbicara dengannya sekarang ?


"Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam"

(S. AL ANKABUT,AYAT 6)

-Siti Hajar Alias-


#AllahAllahAllah

No comments:

Post a Comment