Tuesday

Sunyikah Saya ?



Sunyikah Saya ?







Bismillah. Dengan nama Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, coretan ini dimulakan. 

Post ini dibuat ketika saya sedang berseorangan di dalam sebuah pejabat pentadbiran, sunyi dan sepi saya rasakan tatkala saya ditinggalkan keseorangan di sini, staff 'office' yang lain kesemuanya keluar, menikmati makan tengahari barangkali. Lalu saya dibiarkan keseorangan, tiada sesiapa disisi, hanya komputer dan lambakan fail kes yang menemani diri. Sungguh, di saat ini yang saya rasakan hanya dua ;

1. Gembira kerana saya diberi peluang untuk menyendiri ; suatu hal yang saya amat suka, berbanding berada dalam keriuhan manusia yang ramai.

2. Sayu.

Perasaan yang pertama saya tidak mahu hurai panjang, Ye saya sememangnya sangat gembira jika saya dibiarkan sendirian, seolah-olah saya bebas untuk berbuat apa sahaja, walaupun hakikatnya saya sekarang sedang berada tempoh 'internship'. Anehkah saya jika saya katakan ; saya suka dibiarkan menyendiri di dalam office bertemankan lambakan fail ? tiada sesiapa disini. Benar, hanya saya seorang. Tetapi saya 'happy'. Saya gembira berada dalam keadaan sebegini. saya punya masa dan ruang untuk menyendiri ; suatu hal yang saya sangat suka.


Tetapi pada masa saya menikmati kegembiraan saya, pada masa yang sama saya juga dipagut rasa sayu yang sangat mendalam. Entah kenapa, di dalam hati saya, saya merasakan seolah-olah saya sedang bertarung dengan satu perasaan yang sangat hebat, sukar untuk saya gambarkan bagaimanakah keadaan hati saya tika ini ? Adakah saya sebenarnya sedang kesunyian ; maka sebab itu saya merasa sayu ?

Sunyikah hati saya tika ini ? Bukankah sepatutnya saya merasa bahagia, kerana saya tahu walau hakikatnya saya ditinggalkan bersendirian, Tuhan masih memerhatikan gerak geri saya, bahkan Dia Maha Tahu apa yang saya fikirkan saat ini, atau apa sahaja fikiran dan lintasan hati saya ?

Dimanakah Tuhan di hati saya ; sehingga saya membenarkan diri saya mengatakan saya kesunyian ?


No comments:

Post a Comment