Bismillahirrahmanirrahim.
Telah lama rasanya membiarkan blog ini kosong tanpa sebarang pengisian. Hari ini merasakan agak lapang, jadi sengaja meluangkan masa dengan coretan di ruangan yang sudah lama dibiarkan berhabuk ini.
Pada hari ini saya ingin update tentang impian dan cita-cita saya. Selama ini sepanjang saya hidup di atas muka bumi Allah Taala ini, jujur saya katakan saya tidak pernah mempunyai cita-cita yang jelas dalam hidup saya. Jujur saya katakan, hidup saya selama ini seolah-olah hanya untuk kepentingan diri sendiri dan kepentingan duniawi semata-mata. Tetapi mulai sekarang, di kala usia saya 22 tahun , saya sudah mempunyai cita-cita yang jelas. Saya bangga mempunyai cita-cita seperti ini, kerana saya tahu apa yang perlu saya kejar dalam hidup saya. Cewahh .
Sebelum ini jujur saya katakan, walaupun saya mengambil bidang undang-undang, saya tidak meminati bidang ini secara mendalam. Hanya setelah saya menghabiskan internship saya pada cuti semester yang lepas, barulah saya semakin jelas dengan apa yang saya mahukan sebenarnya. Pendek kata, saya semakin jelas (muah-mudahan) dengan jalan yang akan saya lalui ini, semga Allah permudahkan buat saya Inshaa Allah.
Saya berazam, untuk semester ini, saya mahu memfokuskan kepada pembaikkan diri saya sendiri, dan pada masa yang sama saya juga ingin memberi kebaikkan pada oran lain. Maksud saya, pada masa saya berusaha memperbaiki diri saya, saya juga ingin mengajak orang-orang di sekeliling saya untuk sama-sama memperbaiki diri. Islah nafsik, wa ud'u ghairak.
Oleh itu azam saya untuk permulaan semester ini ;
1. Saya ingin menjdi pelajar Fakulti Undang-Undang yang sentiasa mengambil berat tentang akademik saya. Saya ingin menyusun jadual pembelajaran saya dengan lebih sistematik. Saya ingin menjaga hubungan saya dengan pensyarah, sentiasa mendoakan mereka, dan saya juga ingin menjaga hubungan saya dengan classmates saya.
2. Sebagai seorang anak, saya ingin sentiasa sematkan di dalam diri saya bahawa saya mempunyai tanggungjawab yang besar kepada keluarga saya. Saya ingin kerap bertanya khabar kepada ibu bapa saya, saya juga ingin menjaga adik-adik saya dengan penuh kasih sayang, saya juga ingin membentuk diri saya ke arah yang lebih baik dari sudut akhlak saya. Saya ingin perbanyakkan doa saya kepada Allah, mudah-mudahan Allah menyatukan ahli keluarga saya di syurgaNya yang indah . Ameen ya mujibb.
3. Sebagai seorang sahabat, sudah tentu saya ingin menjadi seorang sahbat yang sentiasa ada di saat sahabat-sahabat saya memerlukan saya. Saya ingin memperelok akhlak saya apabla bersama mereka, mengajak mereka ke arah kebaikkan dan mendoakan mereka senantiasa.
4. Sebagai seorang hamba Allah, sudah tentu saya ingin mempersembahkan amalan terbaik apabila saya bertemu Allah nanti. Saya ingin langsaikan hutang saya sesama manusia, saya ingin langsaikan segala hutang saya kepada Allah jua, dari sudut taubat saya, saya ingin istiqomah dalam taubat, saya ingin istiqomah di jalan perjuangan, saya ingin jatuh cinta kepada Allah dan RasulNya.
5. Saya sebagai seorang muslimah ? Sudah tentu saya ingin menjadi muslimah yang cintakan Allah dan Rasul, yang sentiasa menjaga pandangan mata dan memelihara hati saya. Azam saya, saya ingin memelihara pergaulan saya dengan kaum lelaki, dan meletakkan batas antara saya dan lelaki agar saya dapat menjaga hati saya kerana Allah Taala. Saya ingin jatuh cinta pada Allah. Saya tidak ingin melalaikan hati saya dengan mencintai orang yang bukan mharam. Buat masa ini, fokus saya adalah pada akademik dan pada perjuangan, pada jalan dakwah. Inilah kecintaan saya. Saya tidak mahu jatuh cinta pada mana-mana lelaki selagi belum tiba masanya, ini janji saya. Saya ingin memperbaiki diri saya terlebih dahulu...
Apa pula cita-cita saya ?
Hehe saya berazam untuk menghabiskan pengajian undang-undang dengan berjaya, setelah itu saya ingin menyambung di dalam bidang master dan berusaha untuk menjadi pensyarah. Saya ingin mendidik pelajar saya di dalam kelas, saya sesungguhnya ingin menjadikan profesion ini sebagai platform untuk saya berdakwah kepada mereka !
Inilah cita-cita saya...semoga Tuhan memudahkan...dan yang paling saya suka semester ini adalah,,, saya memegang surau Kolej Mawar, sesuatu yang saya sangat suka kerana saya merasakan itulah platform untuk saya lebih dekat pada rumah Allah dan sekali gus mengajak penghuni Teratak Coklat itu untuk turut sama mengimarahkan rumah Allah...
Keep it up Hajar ! You can always do this..
Ya Allah, permudahkanlah.... ameen ya mujib ...


